Friday, November 20, 2009

Orang Kelantan antara PERKAUMAN dan PERSAUDARAAN SEISLAM??

Ramai orang kata, org KELANTAN ni perkaumannya amat tinggi, samada betul atau tidak, aku sendiri, sebagai anak KELANTAN pun tak pasti samada kenyataan dan persepsi ini 100% betul atau tidak. Namun, memang tidak dapat di nafikan tentang hubungan dan keakraban tolong menolong antara sesama orang KELANTAN terlalu tinggi.

Mungkin ada sebab2 tertentu yang kita semua tidak dapat rungkaikan, kenapa dan mengapa. Di sini aku nak share beberapa pandangan aku tentang hal ni, harapnya ia dapat merungkaikan serba sedikit  persepsi yang tidak baik atau mungkin faktor yang membuatkan orang KELANTAN bersifat sedemikian.

Faktor pertama yang aku rasa ibu kepada persepsi ialah, sejak kita Merdeka 1957, KELANTAN hanya di perintah oleh PAS atau Pembangkang. Manakala BN atau UMNO hanya memerintah Negeri  Kelantan, selama12 tahun sahaja semenjak kita merdeka. Sesuatu yang menarik tentang apa yang aku ingin  kupas disini ialah tentang budaya politik orang kelantan sendiri,  yang menyebabkan politik di Kelantan  antara yang paling menarik untuk diperkatakan di Malaysia. Di sebabkan budaya politik inilah, membuatkan Kelantan di isih dari arus pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan, dan hingga kini, Kerajaan Persekutuan telah melanggar  beberapa akta yang telah ditetapkan oleh Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang mana diantara ahli-ahli parlimen  tersebut datangnya dari pihak kerajaan sendiri..

Apa yang lebih malangnya, sifat kebodohan dan tidak matang dalam berpolitik, UMNO Kelantan sanggup mengusulkan supaya Kerajaan Persekutuan menyekat segala bantuan dan pembangunan di Kelantan.  Apa yang dilakukan ini adalah untuk membalas dendam  mereka kerana Rakyat Kelantan telah menolak mereka  diKelantan. Kelantan terkenal dengan panggilan Universiti Politik Malaysia, kerana keterbukaan dan kematangan berpolitik di Malaysia. Kehidupan harian orang-orang Kelantan itu sendiri lebih berdikari dan bebas dari terikat dengan kerajaan, samada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat. Pada pendapat kebanyakkan orang Kelantan, pembangunan dan membangunkan Negeri Kelantan, tiada kena mengena dengan PAS atau UMNO ( BN ). Sebaliknya, jika  PAS dipilih, untuk memerintah Kelantan, maka menjadi tanggungjawab PAS untuk membangunkan Kelantan dengan sumber yang ada dan begitulah sebaliknya. Tidak menjadi persoalan pada Rakyat Kelantan, mereka perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan. Sebaliknya mereka yang patut minta kerajaan berterima kasih kepada mereka, kerana memberi peluang kepada PAS atau UMNO ( BN ) memerintah Kelantan.

Aku percaya, sifat kenegerian dan perkauman ini wujud, tanpa disedari oleh orang - orang Kelantan itu sendiri. Kekadang aku sendiri pun, bila melihat kereta atau motor dan terdengar orang bercakap  dialek Kelantan, aku dapat rasa yang wujud satu perasaan yang " Riang atau Happy". Perasaan ini yang aku sendiri tidak dapat sebenarnya tidak dapat dihuraikan secara detail. Kerana ianya terdetik dihati tanpa kita sendiri sedari. Mungkin bagi  sesetengah orang, keyataan aku ini keterlaluan dan rekaan semata-mata, tapi itulah hakikatnya.

Setelah sekian lama disisih oleh arus pembangunan, membuatkan kehidupan Rakyat Kelantan berubah. Mungkin mereka terasa, mereka dianak tirikan oleh Kerajaan Persekutuan, mereka bagun dan berdiri sesama mereka tanpa menoleh kebelakang. Maka wujudlah sifat kenegerian dan sifat tolong menolong yang wujud sekarang ini, hasil dari kepayahan dan kesusahan yang mereka alami selama ini.  Sifat mementingkan kenegerian, membuatkan kebanyakkan Rakyat Kelantan akan sentiasa bersama walau dimana sahaja mereka berada. Hinggakan sifat kenegerian ini membuatkan Rakyat Kelantan dipandang serong bagi sesetengah masyarakat kita. Kerajinan dan kegigihan Rakyat Kelantan memang menjadi bualan kebanyakkan orang. Campaklah dimana sahaja, mereka akan tetap gigih dan berusaha untuk memajukan diri mereka dengan pelbagai cara, antaranya dengan membuat perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.

Ada sesetengah pakar yang berkaitan dengan sosial masyarakat mengatakan " Orang melayu Kelantan merupan versi orang CINA di kalangan masyarakat melayu di Malaysia". Namun,  orang Kelantan juga manusia, di mana sahaja mereka berada, memang akan ada bunyi-bunyi yang tidak disenangi. Tidak dinafikan, sifat " GEDEBE atau SAMSENG " kebanyakkan orang Kelantan ini, terkenal di mana-mana. Kaki gaduh, Kaki samseng, Kaki ugut, Mat Rempit, Kaki Pompuan dan sebagainya. Itu lah orang Kelantan. Keunikkan mereka menjadikan mereka terus menjadi bualan di mana sahaja mereka berada.

Pepatah melayu mengatakana " Kerana nila setitik, habis kuah sebelanga rosak ". Mungkin di sebabkan "culture shock" berada di bandar besar, membuatkan mereka lupa nilai-nilai akhlak yang diajar oleh kedua orang tua mereka. Kelantan yang terkenal dengan " Medan Ilmu atau Serambi Mekkah ", sepatutnya,  gejala-gejala negetif seperti ini " KAKI segala KAKI " ni tidak perlu wujud Mereka sepatutnya malu dengan apa yang mereka buat. Dan yang lebih memilukan, mereka ini lebih suka meletakkan kesalahan mereka  keatas  orang lain. Kalau diri sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengawal diri. Jangan sesekali meletakkan kesalahan pada orang lain.

Apa pun istilah orang namakan kepada orang Kelantan " Kenegerian dan Perkauman " , ia perlu di atasi dengan sebaiknya. Biarlah orang Kelantan terkenal dengan kebaikkan mereka bukan dengan keburukkan perangai mereka. Apa yang penting, mereka perlu memikirkan macam mana untuk membawa pengalaman mereka di bandar-bandar besar untuk membangunkan Negeri Kelantan.

Untuk atikel seterusnya aku akan ulas beberapa faktor yang menjadi persoalan kepada orang luar  sifat " Perkauman dan Kenegerian " orang-orang KELANTAN.


Sekian...

Ikhlas,
Emad


4 comments:

Mukhlis Idris said...

When we immerse in this particular issue, we come to realize that only Malays who like to hate each other but not other races.

Malays like to separate themselves and only among themselves. This indicates the corruption among malays. In the end, what happens is that other races receive all the benefits.

I dont care from which contries my friends, my family and my beloved come from. All that matters is we are all humans.

I dont understand why Malays still close their 'widely open' eyes and act as uncivilised nations.

Mukhlis Idris said...

*countries

emad daniel said...

emm... i agree with u mukhlis.

but than ... human stil human

Mukhlis Idris said...

bile nk update lg abg emad?