Sebenarnya terlalu banyak perkara atau persoalan yang akan timbul, bilamana persoalan tentang hak kita sebagai " Rakyat Malaysia ", terlalu banyak untuk kita lontarkan, Namun, adakah ianya patut ia sesuatu kepeluan atau hanya keinginan sahaja dan ia penuhi oleh pihak pemerintah?.
Saya percaya, setiap Rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya, memperjuangkan hak masing-masing. Terdapat ketidakpuasan telah di nyatakan, namun kerajaan hanya menutup mata tanpa rasa bersalah? Adakah ketidakpuasan ini tidak begitu penting kepada pemerintah?
Di sini, bukan isu politik yang ingin saya utarakana, namum lebih kepada kepercayan dan tanggungjawab. Kerajaan wujud bilamana kepercayaan rakyat telah memilih pemerintah untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah di amanahkan. Dan sebolehnya, tanggungjawab dan amanah ini perlu di pegang dan di laksanakan dengan penuh hikmah dan jujur. Miskipun amanah yang di berikan tidak semestinya kerajaan laksanakan dengan serentak atau 100%, namum setiap apa yang di laksanakan hendaklah menitik beratkan tentang kepentingan rakyat dan kemakmuran kepada setiap Rakyat Malaysia.
Sebagai Rakyat Malaysia, saya percaya mempunyai impian utntuk berjaya dalam hidup masing-masing, Harapan menggunung telah di letakkan ke atas kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya dan memberi pulangan lumayan kepada mereka. Namun, anda di antara kita telah tersalah membuat perhintungan dalam menuntut hak masing-masing. Maka berlakulah ketidakpuasan tentang jaminan masa depan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kepada kerajaan yang kononnya pada mereka ini " Amanah dan Tanggubgjawab " kerajaan untuk memenuhi setiap tuntutan mereka. Adakah adil untuk kita meletak setiap kesulitan dan kepayahan kita di atas bahu kerajaan? Tepuk dada tanya hati.
Sememangnya, kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah akan menitik beratkan tentang " Polisi dan Dasar " yang akan menguntungkan dan kesejahteraan rakyat, dan saya percaya, ini lah yang telah kerajaan laksanakan untuk kita semua. Namun, ada di antara " Polisi dan Dasar " kerajaan tidak mesra rakyat yang di ketengahkan. Kerajaan lebih menitik beratkan keuntungan kepada mereka dan sesetengah golongan sahaja. Dan ini telah dapat di baca dan di tentang oleh rakyat. Belanjawan 2010, cukup memeritkan Rakyat Malaysia, bila mana " Polisi dan Dasar " yang kerajaan akan laksanakan tahun 2010, lebih menumpukan kepada Golongan Korporat, Ahli Perniagaan dan Keuntungan Ekonomi semata-mata, tanpa mengira keperitan dan kepayahan rakyat bawahan.Pelbagai polisi baru diketengahkan, antaranya kenaikkan cukai / tax dan insurance keatas kereta yang berusia 15 tahun keatas, tiadanya bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain lagi. Maka berlaku bantahan dan ketidakpuasan di suarakan di media massa, eleoktronik dan internet. Namun, kerajaan lebuh suka mendiamkan diri daripada memberi penjelasan " kenapa dan mengapa " " Polisi dan Dasar " itu di perkenalkan!!!
Ada di antara kita, setiap bulan membayar cukai pendapatan dan bagi orang Islam, mereka dikenakan zakat dan cukai pendapatan. Memang nampak ketidakadilan dalam hal ini, namun itu lah yang menjadi kekeliruan bagi setiap orang Islam. Zakat di wajibkan keatas setiap orang Islam dan Cukai pendapatn juga di wajibkan setiap penduduk dan pekerja yang melebihi had minima gaji yang ditetapkan. Polisi dan Dasar ini telah di telan oleh kebanyakkan kita tanpa ada keraguaan, walaupun ia amat memeritkan kita. Dengan kos sara hidup yang setiap hari makin meningkat, berlakunya pemilihan pekerja terpilih mengikut kaum dan peluang pekerjaan terlalu terhad ( gaji ditawarkan terlalu rendah ). Membuatkan ada di antara kita tersepit dengan realiti hidup. Maka di sini wujudlah konflik dan ketidakpuasan. Apabila wujudnya konflik dan ketidakpuasan dalam kehidupan, ada di antara kita mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan, dengan cara merompak, membunuh dan pecah amanah. Kita semua akui, masalah ini bukan berkurangan, malah setiap hari meningkat grafnya. Dan kita akui, apabila masalah ini wujud, kerajaan bukan berdiam diri, pelbagai cadangan dan tindakana di perkenalkan demi untuk menjamin " Kemakmuran, Kesejahteraan dan Keamanan " Rakyat Malaysia. Namun ia tidak memberi kesan minimum dan ada antara tindakan yang di ambil tidak memberi kesan langsung, ini kerana ada diantaranya ia melibatkan " Pemerintah dan Pihak Penguatkuasa ".
Sebagai Rakyat Malaysia, adakah salah untuk kita memperjuangkan hak kita? Tepuklah dada tanya lah hati. Buka lah minda kita, jangan kolot dengan sentimen perkauman, politik dan kejahilan kita dalam memperjuangkan hak individu dan sebagai Rakyat Malaysia. Kerajaan yang adil merupakan kerajaan yang mengutamakan rakyat bukan menekan rakyat dengan " Polisi dan Dasar" yang akan menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Di mana silapnya Lebuhraya TOL, di mana silapnya Smart Turnel, Di mana silapnya KLCC, Di mana silapnya PUTRAJAYA, di manasilapnya KLIA, dimana silapnya LITAR SEPANG dan di mana silapnya PETRONAS?. Persoalan ini sepatutnya yang kita persoalkan dan ajukan kepada kerajaan. Ingat, kita yang memberi amanah dan membayar gaji Pemerintah dan Pemimpin Negara. Aadakah ianya berbaloi atau sudah memadai? Jangan ada di antarakiat sikap bodoh sombong dalam memperjuangkan Hak kita, Jangan ada antara kita sikap dan sifar " tak pe " dalam memperjuangkan Hak kita, dan Jangan ada diantara kita hanya TUTUT MATA dalam memperjuangkan ketidakadilan kerajaan. Ingat kita lebih berkuasa dari kerajaan, Tunaikan HAK ANDA sepagai pengundi pada setiap 5 tahun yang di jalankan. Jangan salahkan kerajaan kiranya kita yang bodoh sombong tidak menunaikan HAK KITA sebagai PENGUNDI dan Warga Negara Malaysia. Kejahilan dan Kebodohan kita membuatkan orang akan sentiasa menindas kita.
Bangkitalah dan perjuangkan lah HAK KITA !!!
Ikhlas,
Emad.
3 comments:
There are so much differences of ebing active malaysians and passive malaysians.
Even more precious and crucial to be creative malaysians who can speak their mind. Independence could mean the freedom to talk and have ideas broadcast.
In your entry, I strongly agree to say that we Malaysians need to ponder a lot on what happens in our daily life. Changes are not always good and beneficial.
Voices from nations are most welcomed to ensure Malaysia can be a better and safe place to live in.
Well done Emad!
*being active Malaysians
Hello. And Bye.
Post a Comment