Foto BERNAMA
LAPANGAN Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang kini mempunyai terminal lapangan terbang yang moden, SkyPark. SkyPark sebenarnya ialah terminal 3 yang dibina pada tahun 1993. Selepas kerja-kerja pengubahsuaian berjumlah RM40 juta oleh Terminal 3 Subang Skypark Sdn Bhd, nama Terminal 3 telah ditukar kepada Skypark.SkyPark yang berkeluasan lebih 150,000 kaki persegi itu mempunyai kira-kira 60 ruang niaga dan kemudahan lain.Antaranya, tempat pendaftaran masuk baru, direktori visual penerbangan, wi-fi broadband, kedai-kedai makan dan minum, kedai runcit dan bank-bank.
WAJAH BARU... Kelihatan bahagian dalam Skypark yang siap diubah suai. Ia turut menempatkan syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Berjaya Air dan Firefly.Pada sebelah petang, terdapat satu band jazz yang menghiburkan para pelawat, enam kali seminggu di ruangan concourse di dewan ketibaan.SkyPark dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Oktober lalu.Ketika majlis pelancarannya, Najib berkata Terminal 3 telah ditransformasikan ke satu lapangan terbang yang 'cool'.
Terdapat kira-kira 60 ruang niaga di SkyPark.Najib yakin SkyPark dapat mencatatkan rekod kedatangan pelawat sebanyak dua juta penumpang dalam setahun sekali gus muncul sebagai pusat penerbangan serantau.Katanya, SkyPark mempunyai tiga prasyarat untuk menjadi satu lapangan terbang yang berjaya - 'connectivity', 'convenience' dan 'cost'.
Bahagian kaunter informasi dan pertanyaan."Ia berdekatan dengan pusat bandar, mudah didatangi, ia mempunyai kesinambungan menerusi Firefly dan kos penggunaan terminal yang jauh lebih murah berbanding dengan KLIA," katanya.Bersempena dengan pelancaran SkyPark baru-baru ini, satu promosi 'Spend, Fly & Drive (Belanja, Terbang & Pandu)' telah diadakan dari 1 November lalu hingga 31 Mac 2010. Promosi itu melibatkan pihak pengurusan SkyPark, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), dan para penyewa ruang niaga di SkyPark.EON menawarkan sebuah kereta Proton Satria Neo sebagai hadiah utama untuk peraduan "Spend, Fly & Drive ".
Ketua Pegawai Eksekutif EON, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan menyampaikan kunci tiruan Satria Neo kepada Ketua Pegawai Operasi Skypark, Janardhanan Gopala Krishnan dalam majlis pelancaran 'Spend, Fly & Drive' baru-baru ini. -Foto THE STAR oleh DARRAN TAN Peraduan ini terbuka kepada semua pelawat dan pelanggan yang menempah kereta EON di SkyPark.Pelawat ke SkyPark cuma perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 sebulan dengan tiket-tiket yang terkumpul serta menjawab dua soalan mudah. Ketua Pegawai Eksekutif EON, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan dalam satu sidang akhbar perasmian peraduan tersebut berkata, orang ramai juga boleh menyertai sesi uji pandu kereta. Menurutnya, kereta-kereta seperti Proton, Mitsubishi dan Audi akan disediakan untuk sesi tersebut. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Skypark, Janardhanan Gopala Krishnan menyasarkan SkyPark mampu mencatatkan rekod 2.5 juta penumpang pada akhir 2010.
SkyPark mempunyai keluasan sebanyak 150,000 kaki persegi.Secara purata, katanya, seramai 20,000 penumpang menggunakan Terminal 3 pada tahun lalu. "Sekarang ia telah mencecah 85,000 hingga 90,000 penumpang sebulan," katanya secara optimis. Dengan wajah baru SkyPark yang mempunyai daya tarikan tersendiri, matlamat itu boleh dicapai. SkyPark adalah setanding dengan lapangan terbang moden hari ini.
Oleh : AU YEONG HOW
No comments:
Post a Comment