
Saya diberitahu, Singapura mempunyai seorang yang berjawatan menteri kanan untuk menjalankan tugas sebagai 'ketua pemasaran' dan sentiasa berada di negara-negara Arab Teluk setiap bulan. Malah Lim Kuan Yew pernah tinggal beberapa lama untuk membantu dalam beberapa projek besar.
Bukan sahaja menteri kanan ini bertemu dengan pemimpin-pemimpin peringkat ketua negara, kabinet, pegawai tinggi kerajaan malah pemain industri. Interaksi dan komunikasi peringkat tinggi sering memudahkan usaha.
Kesannya boleh dilihat sehingga ada beberapa institusi kerajaan termasuk bidang pendidikan negara Arab tertentu yang diketuai atau dikuasai atau dipengaruhi oleh Singapura. Sikap agresif Singapura dalam melebarkan pengaruh memang diketahui sejak lama, malah Dubai sendiri sering mengakui yang Singapura adalah negara model.
Satu perkara yang tidak mengherankan sekali.
Contohnya, Dubai school of Government mempunyai hubungan terus dengan Lee Kuan Yew School of Government. Peringkat yang menonjolkan pengaruh Singapura.
Saya tidak pasti ada inisiatif atau usaha bersepadu dikalangan agensi kerajaan Malaysia dalam meneroka pelbagai peluang seperti agensi kerajaan Singapura. Malah kadang-kadang kita melihat pihak duta Singapura sendiri amat proaktif untuk bertemu pemimpin agensi kerajaan tempatan seperti lawatan dan diskusi.
Sewaktu masalah kewangan global yang turut melanda Dubai misalnya, pihak Singapura turut menghantar wakil bertemu agensi-agensi kerajaan Dubai yang tidak membayar hutang kepada syarikat-syarikat Singapura dalam usaha membantu syarikat-syarikat ini.
Kalau kita tahu perangai orang-orang Arab yang suka interaksi begini, cara kerajaan Singapura ini memang berkesan dan dalam gempa gempita 1Malaysia, kita akan terus ketinggalan dari segi pengaruh dikalangan negara-negara Arab Teluk yang mempunyai simpanan sumber tenaga dan kewangan besar.
Bandingkan sahaja jumlah pelaburan Arab di Singapura berbanding dengan di Malaysia. kalau sekadar 2-3 bilion seperti yang diwar-warkan oleh Najib Razak dalam lawatan singakt ke Saudi beberapa bulan lalu atau pelaburan UAE di Iskandar Malaysia, sekadar lekat celah gigi sahajalah.
Kita sering tersalah fokus malah dalam beberapa perkara, kita sekadar pencetus dan pemula idea (seperti perbankan dan kewangan Islam), begitu lemah dalam perlaksanaan dan tindakan susulan.
Harap para pemimpin kita terfikir dalam mengejar apa yang kita terabai dan ketinggalan sebelum terlalu lambat dan terus dibuai retorik 'persaudaran Islam!"
No comments:
Post a Comment