Sunday, November 15, 2009

KAWAN dan KESEMPATAN??

Sebenarnya, aku saja pilih topik ni, sbb terlalu banyak pengalaman aku alami. Memang org kata klu campak kat laut pun, leh pahit rasanya air laut tu. Klu ada masin pun sikit2 je. Memang sakit hati ni bila di pikirkan tentang ni.

Pengalaman ni aku alami di antara tahun 20003 hingga sekarang pun masih ada, tapi tak lah bodoh mcm dulu. Dulu mmg mentah2 je kena main dan di tipu dek kawan2 ni. Ye lah nama lagi kwn2 kan, aku ni jenis suka menolong, jenis kwn aku ni lak jenis suka ambil kesempatan. Bila susah di cari kita, bila senang, nak kata kelibat dia org, bayang pun x nampak. Pe pun, biarkan lah. Asalkan dia org happy dan bahagia.

Aku ungkit tentang ni, bukan untuk mengungkit tetapi untuk berkongsi pengalaman. Mudah-mudahan menjadi panduan kepada pembaca budiman kat blog aku ni. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan kan !!.

Kisahnya bermula, pada tahun 2003. Aku masa tu baru je habis belaja, so kerja kat KL ni sebatang kara. So kenal lah beberapa org kenalan. Memanglah dia org ni baik. Aku syukur kerana kenal dia org ni semua. But than, perjalanan aku masih jauh, dari kenalan kenal lah beberapa kenalan, samapi aku pun boleh di katakan terlalu " SYOK " dgn kawan2 ni. Hingga aku lupa batas2 pergaulan. Orang kata, berkwn biar lah beribu2 lemon, tapi hati2 lah dengan kawan2 ni. sebab banyak yg berbulu ayam. Nampak baik di hadapan je. Di belakang kita, 4 penjuru di pasang perangkap. But than, aku ni masih mentah lagi dengan sepak terajang kat ibu kota ni, maklum lah org kampung. Masih blur2 lagi.

Nak di jadikan cerita, kawan aku ni nak beli kereta, so nak pinjam gan aku duit RM2500. Oh lupa nk cerita, mamat ni kira pangkat abg dan kakak pada aku. Punya lah baik, aku pun sangka, baik2 dia org ni rupanya " diam2 ubi berisi". So memangdangkan dia org ni aku dah anggap mcm abg dan kakak, aku kasi lah pinjam duit aku. Yang penting duit tu duit simpanan " Tabung Haji " aku. yang aku simpan masa aku umur 6 tahun lagi, masa tu simpan RM10 je sebulan. Kira mcm potong duit belanja sekolah la. Masa sekolah ayah aku kasi RM2.50 sehari. RM0.50sen aku simpan lah dalam tabung yang bentuk bagunan " Tabung Haji ". Masa tu, tabung bentuk bagunan ' Tabung Haji " dan " Unta" ( aku lupa apa nama bank ) tapi tabung ni dulu, zaman2 aku memang pamus giler.

So nak di jadikan cerita, pi lah aku Bangunan Tabung Haji, kuarkan duit aku tu. Tapi masa tu nasib baik aku x kuarkan semua. Katanya, dia akan bayar balik duit aku tu ansur2 lah. Masa tu, aku x amik port sangat pasal ni, sebab dia org satu tempat keja gan aku. Nak di jadikan cerita, kwn aku ni kena buang keja, so bermula lah kisah kehidupan aku yang " DITIPU" org yang aku percaya. Hingga sekarang ni, memang klu nk kira aku tak halal duit yang di pinjam tu. Tapi biar lah dia jawab gan TUHAN kat akhirat. Aku dah mls nk layan.

Kes kedua, ni lagi best, dulu punyak bayak kawan aku, setiap minggu umah aku jadi macam " ASRAMA "atau " RUMAH TUMPANGAN ". Memang aku mls nk menipu pasal ni, sbb mmg itu lah hakikatnya. boleh dikatakan dlm 5 hingga 10 org setiap minggu kwn2 aku dok melepak kat umah aku. Memang meriah lah, leh wat kenduri rasanya hahahha. Tapi x semua yg melepak tu tak betul lah, hanya sorg je yang baik dengan aku sampai sekarang. Dan alhamdulillah, dia pun dah berjaya untuk menjadi " SOMEBODY". Aku syukur dengan kejayaan dia. Dia pun tak sombong.

Berbalik kepada cerita umah TUMPANGAN atau ASRAMA tadi. So memang, dia orang ni aku anggap mcm adik2 aku ( Laki dan Pompuan ). Tapi dia org ni jenis manusia yang lupa daratan. Itu je yang aku leh cakap. Dah la menumpang umah aku, tak kuar duit sesen pun, boleh pulak wat cerita pasal aku mcm2. Memang pening gak la kepala aku. Sampai satu ketika, aku dah tak tahan sangat. Aku tak bagi semua datang melepak umah aku. Ingatkan cerita tu stop mcm tu je, idak jugak rupanya. Makin kencang di tabur FITNAH. Tapi seperti biasa, aku lebih rela hilang kawan dari ada kawan yang " HATI BUSUK " mcm dia org ni. Memang kalau aku sebut nama2 dia org kat sini, korang sure kenal, sbb antara dia org ni, ada yang dah jadi artis dan jadi " SOMEBODY" sekarang. Tapi aku x " HATI BUSUK" mcm dia org. Biar lah dia org gan lifie dia org. Esok2 pandai lah ko org menjawab depan TUHAN ye. Aku halalkan mkn minum korg, tapi FITNAH korg tu, ko jwb lah sendiri.

So kepada pembaca budiman, Itu aja lah yang aku nak share gan korg semua, klu nk di ceritakan, memang banyak ceritanya, Nanti korg lak busan nk membaca, sbb ceta nya lebih kurang. Kisah tentang manusia yang " HATI BUSUK dan HODOH ". Aku tak pernah minta duit korg sesen pun untuk suapkan nasi utk aku, cuma ingtlah, setiap apa yang korg buat kat aku tu. Ada balasannya, itu aku yakin 100%. Memang, sampai sekarang pun, masih ada manusia yang mcm ni. Entah lah, aku pun x paham. Apa yang dia org pertaruhkan untuk menjadi manusia yang " HATI BUSUK " ni. Aku bukannya kaya sangat untuk korg ambil kesempatan. Memang aku tak menjanjikan Lagit dan Gunung utk korg jadi kawan aku. Tapi Insya'allah, klu korg cari kwn yang jujur dan ikhlas, aku sudi menjadi kwn korg.

Hidup aku sekarang, memang sempoi habis, Aku dah tinggalkan semua zaman2 enjoy n glam ni. Dah busan dgn org kiri kanan aku. Asyik nak kawan dengan aku sebab satu benda " AMBIL KESEMPATAN". Maaf lah ye kawan2, aku mmg x suka nak berhubung mcm dulu dan aku tukar no HP aku bukan sebab apa, tapi nak lari dari manusia2 yang " HATI BUSUK " mcm korg ni. Klu terasa tu, harap2 korg sedar diri lah. Jangan suka wat FITNAH dgn org yang pernah bagi muka, tolong kita dan ikhlas berkawan dgn kita. Berkwn tu biar lah Ikhlas dan Jujur. Life must go on kan.

Itu lah serba sedikit tengang " KAWAN dan KESEMPATAN" yang aku nak share dengan korg. Sepuluh jari di hulurkan dan kemaafan dipinta, kiranya " BICARA dan PERSEPSI" aku ni mengguris perasaan pembaca budiman semua. Namun, bukan niat aku utk menyakiti hati kalian cuma sekadar ' BINGKISAN HATI" aku ni dah lama sangat pendam. Bila kuar je, mcm bom nuklear je, x leh tahan rasanya nak meletop2 heheh.

Ariossss..


Ikhlas,
Emad


1 comment:

Mukhlis Idris said...

....percayalah, yang baik akan dibalas baik, yang buruk akan dapat balasan buruk..

Talking about attitudes of dirty people who forgot the other's helps in the past, I strongly agree to say that, this particular type of people deserve to be labelled as delinquents and yet it is you who learned the differences between sincere kindness and stupid viciousness.

You shall be proud to find that life handed you these experiences so that now you are a much much better person.

Smile.

:D