Monday, November 30, 2009

OF RACISM and INTELLIGENCE

I have been in United Kingdom nearly more than 6 years and this duration of period of time, I have seen and endured many racism activities as well as actions of others towards me and my friends. I thought that a civilized country, all the nations should act accordingly and behave in a manner of maturity towards others from other countries.

I have seen some of my friends who wears Hijab and cover were treated differently. I myself had been in a situation where a bus driver threw my luggage towards me from the compartment at the side of the express bus. This shocked me as I was holding the bag and it nearly caused an ijury onto my hands.
I could not believe this happened to me as I thought an old guy like him should not randomly do that on an asian guy like me.

Intelligence is defined as having the capabilities to think rational and not to act such an absurd way to people who are not originally from this country.

I think this is similar to what has been happening in Malaysia. Sadly to say, all these would cause havoc to our beloved country and things will get worse.

Thanks,

MUKHLIS
Cardiff, UK

Sunday, November 29, 2009

Kota Bharu November 2009

Salam sejahtera,

Memang menjadi keinginan untuk aku melihat Kota Bharu, amnya Negeri Kelantan terus membangun seiringan dengan negeri2 lain. Dan alhamdulillah, nampaknya apa yag di khabarkan di akhbar dan TV adalah tidak betul sama sekali. Apa yang aku pasti, setiap kali aku balik ke Kelantan, banyak perubahan berlaku terutamanya di Kota Bharu. Banyak bangunan2 baru tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan. Aku cukup berbangga dengan apa yang aku lihat di depan mata.Terdapat beberapa bangunan tinggi yang telah siap untuk di gunakan.

Kelantan Trade Center dan Kota Bharu Trade Center merupakan mercu pembangunan di Kelantan yang terus giat di bangunankan oleh Kerajaan Kelantan dengan kemampuan yang terhad. Namun, dengan keberkatan dan kesabaran, maka wujudlah mercu tanda bangunan2 ini. Sudah pasti ia akan menjadi salah satu ikon kepada pembangunan yang akan datang.

Nampaknya pembagunan di tepi sungai Kelantan berjalan begitu rancak dan apa yag menariknya, Stesen Bas Kota Bharu telah di pindahkan berhampiran TESCO  KOta Bharu, bertambah la jem jalan area situ nampaknya. Tapi itu lah harga yang perlu di bayar oleh pencinta dan pengejar pembagunan. Pada aku yg dok Kuala Lumpur ni, jem2 mcm tu dah lali dah. Sekarang ni tiba lak orang kelantan merasa. So mcm mana rasanya ya pembagunan ni??? sampai kakak2 aku pun malas dah nk pi Kota Bharu sebab kantanya malas nk menempuh jalan jem. Klu jambatan yang berharga RM195 juta tu siap, rasanya tak de lah terus sgt jem di Kota Bharu, tapi janbatan entah kemana, duit pun lesap gitu je. Dah 2 tahun dok terbengkalai. Ni semua projek atas angin sempena Pilihanraya 2008 tempoh hari, sampai PM Pak Lah dulu kena rasmi sampai 2 kali projek jambatan ni. Kelakar betul rasanya. Tapi jambatan tu tetap tak siap2 gak sampai la ni.


Kota Bharu City Skyline ( Pic dolu2 )








Some more KB CityScape








From The Murky River Of Kelantan - PKINK Tower

 Kelantan Trade Centre


Pelangi Mall


Impiana




Many new high-rise projects of 20 or more storeys are sprucing up within the city skyline:
- Kelantan Trade Centre
- KB Trade Centre
- The new MPKBBI tower
- Intan Plaza
- Pelangi Mall
- Various Condos in the suburb of Kubang Kerian etc



KB deserves more highlights...


Being stay in many part of malaysian cities, i can confidently claim that Kota Bahru n Kuantan are much more livelier than alor star or miri and in fact can even match the city of ipoh. More hv to mention on developments in Kelantan n Kota Bharu bcoz for most people in west coast, they quickly c east coast towns as dead n dilapidated areas, even though they have never visited these towns b4... dont believe me? a


so that all at this moment... my sweet moment at Kota Bharu...



Emad
29-Nov-09

Monday, November 23, 2009

SkyPark, Terminal Lapangan Terbang SAAS Yang 'Cool'


 

Foto BERNAMA

LAPANGAN Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang kini mempunyai terminal lapangan terbang yang moden, SkyPark. SkyPark sebenarnya ialah terminal 3 yang dibina pada tahun 1993. Selepas kerja-kerja pengubahsuaian berjumlah RM40 juta oleh Terminal 3 Subang Skypark Sdn Bhd, nama Terminal 3 telah ditukar kepada Skypark.SkyPark yang berkeluasan lebih 150,000 kaki persegi itu mempunyai kira-kira 60 ruang niaga dan kemudahan lain.Antaranya, tempat pendaftaran masuk baru, direktori visual penerbangan, wi-fi broadband, kedai-kedai makan dan minum, kedai runcit dan bank-bank.
WAJAH BARU... Kelihatan bahagian dalam Skypark yang siap diubah suai.

Ia turut menempatkan syarikat-syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Berjaya Air dan Firefly.Pada sebelah petang, terdapat satu band jazz yang menghiburkan para pelawat, enam kali seminggu di ruangan concourse di dewan ketibaan.SkyPark dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 28 Oktober lalu.Ketika majlis pelancarannya, Najib berkata Terminal 3 telah ditransformasikan ke satu lapangan terbang yang 'cool'.


Terdapat kira-kira 60 ruang niaga di SkyPark.

Najib yakin SkyPark dapat mencatatkan rekod kedatangan pelawat sebanyak dua juta penumpang dalam setahun sekali gus muncul sebagai pusat penerbangan serantau.Katanya, SkyPark mempunyai tiga prasyarat untuk menjadi satu lapangan terbang yang berjaya - 'connectivity', 'convenience' dan 'cost'.

Bahagian kaunter informasi dan pertanyaan.

"Ia berdekatan dengan pusat bandar, mudah didatangi, ia mempunyai kesinambungan menerusi Firefly dan kos penggunaan terminal yang jauh lebih murah berbanding dengan KLIA," katanya.Bersempena dengan pelancaran SkyPark baru-baru ini, satu promosi 'Spend, Fly & Drive (Belanja, Terbang & Pandu)' telah diadakan dari 1 November lalu hingga 31 Mac 2010. Promosi itu melibatkan pihak pengurusan SkyPark, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), dan para penyewa ruang niaga di SkyPark.EON menawarkan sebuah kereta Proton Satria Neo sebagai hadiah utama untuk peraduan "Spend, Fly & Drive ".

Ketua Pegawai Eksekutif EON, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan menyampaikan kunci tiruan Satria Neo kepada Ketua Pegawai Operasi Skypark, Janardhanan Gopala Krishnan dalam majlis pelancaran 'Spend, Fly & Drive' baru-baru ini. -Foto THE STAR oleh DARRAN TAN

Peraduan ini terbuka kepada semua pelawat dan pelanggan yang menempah kereta EON di SkyPark.Pelawat ke SkyPark cuma perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 sebulan dengan tiket-tiket yang terkumpul serta menjawab dua soalan mudah. Ketua Pegawai Eksekutif EON, Datuk Nik Hamdam Nik Hassan dalam satu sidang akhbar perasmian peraduan tersebut berkata, orang ramai juga boleh menyertai sesi uji pandu kereta. Menurutnya, kereta-kereta seperti Proton, Mitsubishi dan Audi akan disediakan untuk sesi tersebut. Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Skypark, Janardhanan Gopala Krishnan menyasarkan SkyPark mampu mencatatkan rekod 2.5 juta penumpang pada akhir 2010.

SkyPark mempunyai keluasan sebanyak 150,000 kaki persegi.

Secara purata, katanya, seramai 20,000 penumpang menggunakan Terminal 3 pada tahun lalu. "Sekarang ia telah mencecah 85,000 hingga 90,000 penumpang sebulan," katanya secara optimis. Dengan wajah baru SkyPark yang mempunyai daya tarikan tersendiri, matlamat itu boleh dicapai. SkyPark adalah setanding dengan lapangan terbang moden hari ini.



Oleh : AU YEONG HOW

PTPTN : Along Berlesen

Baru-baru ini (Ogos/Sept 2009) aku telah menerima surat makluman dari mahkamah meminta aku hadir kemahkamah dan sebenarnya ini ialah kali ke 3 aku menerima surat makluman sedemikian dari peguam lantikkan PTPTN.

Tapi hampa sekali, hajat aku untuk membuat rayuan berkenaan dengan masalah pembayaran pinjaman PTPTN terbantut buat kali ke 3 kerana kegagalan Peguam yang dilantik oleh pihak PTPTN untuk hadir kemahkamah semasa sebutan kes dibuat.

Pejabat peguam hanya menghantar surat untuk peminjam kes mahkamah, RM300 dah tentu PTPTN akan masuk ke akaun mereka tanpa perlu peguam itu ke mahkamah, tanpa peduli apa berlaku dimahkamah. wang sebanyak RM300 itu sebenarnya akan dicharge dari peminjam dan apa yang menghampakan ialah, peminjam terpaksa membayar bayaran tersebut walaupun tidak dapat membela diri dimahkamah lantaran kegagalan pihak peguam PTPTN hadir dimahkamah.

Sebelum ini memang banyak media massa menyebarkan pelbagai tarikan bagi peminjam membincangkan permasalah dengan PTPTN, tetapi nampaknya konsep management customer skill PTPTN masih dibawah paras standard... bukan setakat 20 kali menelefon tetapi 50-60 kali panggilan dibuat seharidan kadang-kadang tak dapat dapat berkomunikasi langsung, cuma kedengaran rakaman mesin - "pengawai kami sedang sibuk, talian anda akan disambung kemudian", kemudian sehingga hari yang berikutnya perkara yang sama juga berlaku.

Sebelum ini aku pernah beberapa kali buat rayuan untuk membayar sedikit demi sedikit tapi dukaciti apabila dilayan macam orang bodoh, "anda nak bayar bayar habislah semua tu", kata pegawai PTPTN. mereka sambil lewa sahaja tidak mahu membantu menyelesaikan masalah kita dalam melunaskan pinjaman. Apa yang paling menyedihkan ialah apabila pihak PTPTN mengambil keputusan menyenarai hitamkan nama peminjam.

Logikkah mereka membuat begitu..? apa yang lebih menjadi masalah nanti ialah majikan tidak akan menerima pekerja yang telah disenarai hitam. maka kami yang sememangnya sudah bermasalah dalam melunaskan pinjaman menjadi semakin tertekan.

Kisah ini terjadi kepada aku sendiri, setelah beberapa tahun mencari kerja, akhirnya aku berjaya mendapat kerja disebuah syarikat swasta... masuk 3 minggu aku bekerja, majikan telah dapat mengenal pasti kebolehan aku dan dengan itu, majikan telah memilih aku sebagai duta syarikat dan majikan juga telah menyenaraikan nama aku ke USA untuk 1 bulan dalam business trip.

Permasalahan bermula dan ianya menjadi tekanan kepada aku sebab aku juga telah disenarai hitam oleh imegresen, jadi, tiada lagi masa depan aku, dengan diam-diam aku tidak menceritakan masalah ini kepada majikan kerana takut di tendang kerana dalam application letter memang aku tulis semua klear tick no no no...!!!

Bermula dari hari itu (30 okt 2009) sehingga sekarang beratus-ratus kali dan berhari-hari aku menghubungi PTPTN sebelum majikan menghantar aku ke USA tengah bulan disember ini, apa jawapan yang aku dapat hanyalah - "perlu membayar semua itu kerana itu prosedure kami".

Kemana aku nak cari duit berpuluh K..? aku hanya ada masa beberapa hari sahaja untuk memberitahu kepada majikan masalah imegresen aku dan aku perlu terima takdir mencari kerja lagi selepas ini, inilah PTPTN memberi peluang berupa pengetahuan dan penutup periuk nasi peminjamnya.

Apa yang aku ingin rayu disini agar PTPTN lepaskanlah mereka, mereka tidak membayar bukan kerana degil, tetapi kerana betul2 menghadapi masalah... terimalah suara kami. PTPTN menuduh kami degil padahal peminjam seperti kami ini tiada peluang untuk bersuara membela diri dan melontarkan masalah kami.

Perbincangan sudah diadakan tetapi apa yang diminta lebih dari kemampuan peminjam. beribu masalah peminjam diluar sana, mungkin bukan aku sahaja yang menghadapi masalah ini, ramai lagi yang menjadi mangsa dihalang untuk keluar negara. aku bukan keluar melancong tetapi keluar untuk mencari duit bayar untuk membayar balik pinjaman PTPTN, tetapi meraka tak terima aku lagi...

Kemana lagi aku nak cari kerja sebab aku tiada semangat lagi untuk membayar duit PTPTN maupun hidup dalam keadaan tekanan ini, malu kepada keluarga dan masyarakat sekeliling...

Aku Rayu PTPTN pindalah syarat-syarat baru bagi menghapuskan konsep senarai hitam imegresen. banyak lagi cari boleh dibuat..!!! ini bukan sahaja memberi tekanan kepada peminjam tetapi juga merugikan lagi kerana kegagalan kami mandapat kerja boleh menggandakan lagi jumlah hutang...

Yang berhormat

Sedih Bin Pilu - Hafiz Abd Mahmud

Malaysia Tidak Serius Menarik Pelabur dari Negara Arab

Dalam salah satu dialog antara komuniti bisnes dan profesional Malaysia di Dubai dengan kedutaan dan Matrade baru-baru ini, salah satu isu yang dibincangkan diluar dialog sesama kami ialah, Malaysia tidak seserius Singapura dalam mendekati negara-negara Arab, terutama dikalangan negara-negara Arab Teluk yang mempunyai sumber tenaga dan kewangan yang besar.

Visit by Senior Minister Goh Chok Tong to Doha, Qatar and Dubai, United Arab Emirates 28 January to 3 February 2008

Saya diberitahu, Singapura mempunyai seorang yang berjawatan menteri kanan untuk menjalankan tugas sebagai 'ketua pemasaran' dan sentiasa berada di negara-negara Arab Teluk setiap bulan. Malah Lim Kuan Yew pernah tinggal beberapa lama untuk membantu dalam beberapa projek besar.

Bukan sahaja menteri kanan ini bertemu dengan pemimpin-pemimpin peringkat ketua negara, kabinet, pegawai tinggi kerajaan malah pemain industri. Interaksi dan komunikasi peringkat tinggi sering memudahkan usaha.

Kesannya boleh dilihat sehingga ada beberapa institusi kerajaan termasuk bidang pendidikan negara Arab tertentu yang diketuai atau dikuasai atau dipengaruhi oleh Singapura. Sikap agresif Singapura dalam melebarkan pengaruh memang diketahui sejak lama, malah Dubai sendiri sering mengakui yang Singapura adalah negara model.

Satu perkara yang tidak mengherankan sekali.

Contohnya, Dubai school of Government mempunyai hubungan terus dengan Lee Kuan Yew School of Government. Peringkat yang menonjolkan pengaruh Singapura.

Saya tidak pasti ada inisiatif atau usaha bersepadu dikalangan agensi kerajaan Malaysia dalam meneroka pelbagai peluang seperti agensi kerajaan Singapura. Malah kadang-kadang kita melihat pihak duta Singapura sendiri amat proaktif untuk bertemu pemimpin agensi kerajaan tempatan seperti lawatan dan diskusi.

Sewaktu masalah kewangan global yang turut melanda Dubai misalnya, pihak Singapura turut menghantar wakil bertemu agensi-agensi kerajaan Dubai yang tidak membayar hutang kepada syarikat-syarikat Singapura dalam usaha membantu syarikat-syarikat ini.

Kalau kita tahu perangai orang-orang Arab yang suka interaksi begini, cara kerajaan Singapura ini memang berkesan dan dalam gempa gempita 1Malaysia, kita akan terus ketinggalan dari segi pengaruh dikalangan negara-negara Arab Teluk yang mempunyai simpanan sumber tenaga dan kewangan besar.

Bandingkan sahaja jumlah pelaburan Arab di Singapura berbanding dengan di Malaysia. kalau sekadar 2-3 bilion seperti yang diwar-warkan oleh Najib Razak dalam lawatan singakt ke Saudi beberapa bulan lalu atau pelaburan UAE di Iskandar Malaysia, sekadar lekat celah gigi sahajalah.

Kita sering tersalah fokus malah dalam beberapa perkara, kita sekadar pencetus dan pemula idea (seperti perbankan dan kewangan Islam), begitu lemah dalam perlaksanaan dan tindakan susulan.

Harap para pemimpin kita terfikir dalam mengejar apa yang kita terabai dan ketinggalan sebelum terlalu lambat dan terus dibuai retorik 'persaudaran Islam!"

MB KELATE "The 500 Most Influential Muslims In The World" - 2009

Menteri Besar Kelantan itu,  disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.
(Nik Aziz ditangga ke 42 Muslim paling berpengaruh di didunia)

Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.

Nama Anwar Ibrahim turut disenaraikan di dalam lis 450 “Honourable Mention” di dalam pencapaian di bidang masing-masing dan diantara tokoh Islam yang signifikan di dalam dunia.

Nama Anwar Ibrahim tersenarai di bidang politik berserta dengan nama Tun Dr Mahathir Mohammad tetapi nama Mahathir tidak disenaraikan di dalam “Honorable Mention”.

Dari kalangan cendekiawan, daripada Malaysia yang tersenarai ialah Prof Emeritus Datuk Osman Bakar, Timbalan Naib Chancellor, Universiti Malaya dan Professor Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Mohideen Abdul Kadir, Naib Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang di dalam kategori Pembangunan sementara Kumpulan Raihan turut tersenarai di dalam katagori Seni dan Budaya.


Dalam pengantar buku yang diterbitkan untuk membantu dan membuka wawasan tentang pengaruh umat Islam di dunia saat ini dan beragamnya kelompok-kelompok Islam yang ada di seluruh dunia.

Penyusunan buku ini melibatkan pengamat dunia Islam yang namanya sudah dikenal secara meluas di dunia antarabangsa, Profesor John Esposito dan Profesor Ibrahim Kalin sebagai editor utama.

Friday, November 20, 2009

Orang Kelantan antara PERKAUMAN dan PERSAUDARAAN SEISLAM??

Ramai orang kata, org KELANTAN ni perkaumannya amat tinggi, samada betul atau tidak, aku sendiri, sebagai anak KELANTAN pun tak pasti samada kenyataan dan persepsi ini 100% betul atau tidak. Namun, memang tidak dapat di nafikan tentang hubungan dan keakraban tolong menolong antara sesama orang KELANTAN terlalu tinggi.

Mungkin ada sebab2 tertentu yang kita semua tidak dapat rungkaikan, kenapa dan mengapa. Di sini aku nak share beberapa pandangan aku tentang hal ni, harapnya ia dapat merungkaikan serba sedikit  persepsi yang tidak baik atau mungkin faktor yang membuatkan orang KELANTAN bersifat sedemikian.

Faktor pertama yang aku rasa ibu kepada persepsi ialah, sejak kita Merdeka 1957, KELANTAN hanya di perintah oleh PAS atau Pembangkang. Manakala BN atau UMNO hanya memerintah Negeri  Kelantan, selama12 tahun sahaja semenjak kita merdeka. Sesuatu yang menarik tentang apa yang aku ingin  kupas disini ialah tentang budaya politik orang kelantan sendiri,  yang menyebabkan politik di Kelantan  antara yang paling menarik untuk diperkatakan di Malaysia. Di sebabkan budaya politik inilah, membuatkan Kelantan di isih dari arus pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan, dan hingga kini, Kerajaan Persekutuan telah melanggar  beberapa akta yang telah ditetapkan oleh Ahli-ahli Parlimen Malaysia yang mana diantara ahli-ahli parlimen  tersebut datangnya dari pihak kerajaan sendiri..

Apa yang lebih malangnya, sifat kebodohan dan tidak matang dalam berpolitik, UMNO Kelantan sanggup mengusulkan supaya Kerajaan Persekutuan menyekat segala bantuan dan pembangunan di Kelantan.  Apa yang dilakukan ini adalah untuk membalas dendam  mereka kerana Rakyat Kelantan telah menolak mereka  diKelantan. Kelantan terkenal dengan panggilan Universiti Politik Malaysia, kerana keterbukaan dan kematangan berpolitik di Malaysia. Kehidupan harian orang-orang Kelantan itu sendiri lebih berdikari dan bebas dari terikat dengan kerajaan, samada Kerajaan Negeri atau Kerajaan Pusat. Pada pendapat kebanyakkan orang Kelantan, pembangunan dan membangunkan Negeri Kelantan, tiada kena mengena dengan PAS atau UMNO ( BN ). Sebaliknya, jika  PAS dipilih, untuk memerintah Kelantan, maka menjadi tanggungjawab PAS untuk membangunkan Kelantan dengan sumber yang ada dan begitulah sebaliknya. Tidak menjadi persoalan pada Rakyat Kelantan, mereka perlu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan. Sebaliknya mereka yang patut minta kerajaan berterima kasih kepada mereka, kerana memberi peluang kepada PAS atau UMNO ( BN ) memerintah Kelantan.

Aku percaya, sifat kenegerian dan perkauman ini wujud, tanpa disedari oleh orang - orang Kelantan itu sendiri. Kekadang aku sendiri pun, bila melihat kereta atau motor dan terdengar orang bercakap  dialek Kelantan, aku dapat rasa yang wujud satu perasaan yang " Riang atau Happy". Perasaan ini yang aku sendiri tidak dapat sebenarnya tidak dapat dihuraikan secara detail. Kerana ianya terdetik dihati tanpa kita sendiri sedari. Mungkin bagi  sesetengah orang, keyataan aku ini keterlaluan dan rekaan semata-mata, tapi itulah hakikatnya.

Setelah sekian lama disisih oleh arus pembangunan, membuatkan kehidupan Rakyat Kelantan berubah. Mungkin mereka terasa, mereka dianak tirikan oleh Kerajaan Persekutuan, mereka bagun dan berdiri sesama mereka tanpa menoleh kebelakang. Maka wujudlah sifat kenegerian dan sifat tolong menolong yang wujud sekarang ini, hasil dari kepayahan dan kesusahan yang mereka alami selama ini.  Sifat mementingkan kenegerian, membuatkan kebanyakkan Rakyat Kelantan akan sentiasa bersama walau dimana sahaja mereka berada. Hinggakan sifat kenegerian ini membuatkan Rakyat Kelantan dipandang serong bagi sesetengah masyarakat kita. Kerajinan dan kegigihan Rakyat Kelantan memang menjadi bualan kebanyakkan orang. Campaklah dimana sahaja, mereka akan tetap gigih dan berusaha untuk memajukan diri mereka dengan pelbagai cara, antaranya dengan membuat perniagaan kecil-kecilan dan sebagainya.

Ada sesetengah pakar yang berkaitan dengan sosial masyarakat mengatakan " Orang melayu Kelantan merupan versi orang CINA di kalangan masyarakat melayu di Malaysia". Namun,  orang Kelantan juga manusia, di mana sahaja mereka berada, memang akan ada bunyi-bunyi yang tidak disenangi. Tidak dinafikan, sifat " GEDEBE atau SAMSENG " kebanyakkan orang Kelantan ini, terkenal di mana-mana. Kaki gaduh, Kaki samseng, Kaki ugut, Mat Rempit, Kaki Pompuan dan sebagainya. Itu lah orang Kelantan. Keunikkan mereka menjadikan mereka terus menjadi bualan di mana sahaja mereka berada.

Pepatah melayu mengatakana " Kerana nila setitik, habis kuah sebelanga rosak ". Mungkin di sebabkan "culture shock" berada di bandar besar, membuatkan mereka lupa nilai-nilai akhlak yang diajar oleh kedua orang tua mereka. Kelantan yang terkenal dengan " Medan Ilmu atau Serambi Mekkah ", sepatutnya,  gejala-gejala negetif seperti ini " KAKI segala KAKI " ni tidak perlu wujud Mereka sepatutnya malu dengan apa yang mereka buat. Dan yang lebih memilukan, mereka ini lebih suka meletakkan kesalahan mereka  keatas  orang lain. Kalau diri sendiri tidak tahu bagaimana untuk mengawal diri. Jangan sesekali meletakkan kesalahan pada orang lain.

Apa pun istilah orang namakan kepada orang Kelantan " Kenegerian dan Perkauman " , ia perlu di atasi dengan sebaiknya. Biarlah orang Kelantan terkenal dengan kebaikkan mereka bukan dengan keburukkan perangai mereka. Apa yang penting, mereka perlu memikirkan macam mana untuk membawa pengalaman mereka di bandar-bandar besar untuk membangunkan Negeri Kelantan.

Untuk atikel seterusnya aku akan ulas beberapa faktor yang menjadi persoalan kepada orang luar  sifat " Perkauman dan Kenegerian " orang-orang KELANTAN.


Sekian...

Ikhlas,
Emad


Sunday, November 15, 2009

KAWAN dan KESEMPATAN??

Sebenarnya, aku saja pilih topik ni, sbb terlalu banyak pengalaman aku alami. Memang org kata klu campak kat laut pun, leh pahit rasanya air laut tu. Klu ada masin pun sikit2 je. Memang sakit hati ni bila di pikirkan tentang ni.

Pengalaman ni aku alami di antara tahun 20003 hingga sekarang pun masih ada, tapi tak lah bodoh mcm dulu. Dulu mmg mentah2 je kena main dan di tipu dek kawan2 ni. Ye lah nama lagi kwn2 kan, aku ni jenis suka menolong, jenis kwn aku ni lak jenis suka ambil kesempatan. Bila susah di cari kita, bila senang, nak kata kelibat dia org, bayang pun x nampak. Pe pun, biarkan lah. Asalkan dia org happy dan bahagia.

Aku ungkit tentang ni, bukan untuk mengungkit tetapi untuk berkongsi pengalaman. Mudah-mudahan menjadi panduan kepada pembaca budiman kat blog aku ni. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan kan !!.

Kisahnya bermula, pada tahun 2003. Aku masa tu baru je habis belaja, so kerja kat KL ni sebatang kara. So kenal lah beberapa org kenalan. Memanglah dia org ni baik. Aku syukur kerana kenal dia org ni semua. But than, perjalanan aku masih jauh, dari kenalan kenal lah beberapa kenalan, samapi aku pun boleh di katakan terlalu " SYOK " dgn kawan2 ni. Hingga aku lupa batas2 pergaulan. Orang kata, berkwn biar lah beribu2 lemon, tapi hati2 lah dengan kawan2 ni. sebab banyak yg berbulu ayam. Nampak baik di hadapan je. Di belakang kita, 4 penjuru di pasang perangkap. But than, aku ni masih mentah lagi dengan sepak terajang kat ibu kota ni, maklum lah org kampung. Masih blur2 lagi.

Nak di jadikan cerita, kawan aku ni nak beli kereta, so nak pinjam gan aku duit RM2500. Oh lupa nk cerita, mamat ni kira pangkat abg dan kakak pada aku. Punya lah baik, aku pun sangka, baik2 dia org ni rupanya " diam2 ubi berisi". So memangdangkan dia org ni aku dah anggap mcm abg dan kakak, aku kasi lah pinjam duit aku. Yang penting duit tu duit simpanan " Tabung Haji " aku. yang aku simpan masa aku umur 6 tahun lagi, masa tu simpan RM10 je sebulan. Kira mcm potong duit belanja sekolah la. Masa sekolah ayah aku kasi RM2.50 sehari. RM0.50sen aku simpan lah dalam tabung yang bentuk bagunan " Tabung Haji ". Masa tu, tabung bentuk bagunan ' Tabung Haji " dan " Unta" ( aku lupa apa nama bank ) tapi tabung ni dulu, zaman2 aku memang pamus giler.

So nak di jadikan cerita, pi lah aku Bangunan Tabung Haji, kuarkan duit aku tu. Tapi masa tu nasib baik aku x kuarkan semua. Katanya, dia akan bayar balik duit aku tu ansur2 lah. Masa tu, aku x amik port sangat pasal ni, sebab dia org satu tempat keja gan aku. Nak di jadikan cerita, kwn aku ni kena buang keja, so bermula lah kisah kehidupan aku yang " DITIPU" org yang aku percaya. Hingga sekarang ni, memang klu nk kira aku tak halal duit yang di pinjam tu. Tapi biar lah dia jawab gan TUHAN kat akhirat. Aku dah mls nk layan.

Kes kedua, ni lagi best, dulu punyak bayak kawan aku, setiap minggu umah aku jadi macam " ASRAMA "atau " RUMAH TUMPANGAN ". Memang aku mls nk menipu pasal ni, sbb mmg itu lah hakikatnya. boleh dikatakan dlm 5 hingga 10 org setiap minggu kwn2 aku dok melepak kat umah aku. Memang meriah lah, leh wat kenduri rasanya hahahha. Tapi x semua yg melepak tu tak betul lah, hanya sorg je yang baik dengan aku sampai sekarang. Dan alhamdulillah, dia pun dah berjaya untuk menjadi " SOMEBODY". Aku syukur dengan kejayaan dia. Dia pun tak sombong.

Berbalik kepada cerita umah TUMPANGAN atau ASRAMA tadi. So memang, dia orang ni aku anggap mcm adik2 aku ( Laki dan Pompuan ). Tapi dia org ni jenis manusia yang lupa daratan. Itu je yang aku leh cakap. Dah la menumpang umah aku, tak kuar duit sesen pun, boleh pulak wat cerita pasal aku mcm2. Memang pening gak la kepala aku. Sampai satu ketika, aku dah tak tahan sangat. Aku tak bagi semua datang melepak umah aku. Ingatkan cerita tu stop mcm tu je, idak jugak rupanya. Makin kencang di tabur FITNAH. Tapi seperti biasa, aku lebih rela hilang kawan dari ada kawan yang " HATI BUSUK " mcm dia org ni. Memang kalau aku sebut nama2 dia org kat sini, korang sure kenal, sbb antara dia org ni, ada yang dah jadi artis dan jadi " SOMEBODY" sekarang. Tapi aku x " HATI BUSUK" mcm dia org. Biar lah dia org gan lifie dia org. Esok2 pandai lah ko org menjawab depan TUHAN ye. Aku halalkan mkn minum korg, tapi FITNAH korg tu, ko jwb lah sendiri.

So kepada pembaca budiman, Itu aja lah yang aku nak share gan korg semua, klu nk di ceritakan, memang banyak ceritanya, Nanti korg lak busan nk membaca, sbb ceta nya lebih kurang. Kisah tentang manusia yang " HATI BUSUK dan HODOH ". Aku tak pernah minta duit korg sesen pun untuk suapkan nasi utk aku, cuma ingtlah, setiap apa yang korg buat kat aku tu. Ada balasannya, itu aku yakin 100%. Memang, sampai sekarang pun, masih ada manusia yang mcm ni. Entah lah, aku pun x paham. Apa yang dia org pertaruhkan untuk menjadi manusia yang " HATI BUSUK " ni. Aku bukannya kaya sangat untuk korg ambil kesempatan. Memang aku tak menjanjikan Lagit dan Gunung utk korg jadi kawan aku. Tapi Insya'allah, klu korg cari kwn yang jujur dan ikhlas, aku sudi menjadi kwn korg.

Hidup aku sekarang, memang sempoi habis, Aku dah tinggalkan semua zaman2 enjoy n glam ni. Dah busan dgn org kiri kanan aku. Asyik nak kawan dengan aku sebab satu benda " AMBIL KESEMPATAN". Maaf lah ye kawan2, aku mmg x suka nak berhubung mcm dulu dan aku tukar no HP aku bukan sebab apa, tapi nak lari dari manusia2 yang " HATI BUSUK " mcm korg ni. Klu terasa tu, harap2 korg sedar diri lah. Jangan suka wat FITNAH dgn org yang pernah bagi muka, tolong kita dan ikhlas berkawan dgn kita. Berkwn tu biar lah Ikhlas dan Jujur. Life must go on kan.

Itu lah serba sedikit tengang " KAWAN dan KESEMPATAN" yang aku nak share dengan korg. Sepuluh jari di hulurkan dan kemaafan dipinta, kiranya " BICARA dan PERSEPSI" aku ni mengguris perasaan pembaca budiman semua. Namun, bukan niat aku utk menyakiti hati kalian cuma sekadar ' BINGKISAN HATI" aku ni dah lama sangat pendam. Bila kuar je, mcm bom nuklear je, x leh tahan rasanya nak meletop2 heheh.

Ariossss..


Ikhlas,
Emad


Friday, November 13, 2009

Hak kita sebagai Rakyat Malaysia !!!


              Sebenarnya terlalu banyak perkara atau persoalan yang akan timbul, bilamana persoalan tentang hak kita sebagai " Rakyat Malaysia ", terlalu banyak untuk kita lontarkan, Namun, adakah ianya patut ia sesuatu kepeluan atau hanya keinginan sahaja dan ia penuhi oleh pihak pemerintah?.

              Saya percaya, setiap Rakyat Malaysia, tanpa mengira agama, bangsa dan budaya, memperjuangkan hak masing-masing. Terdapat ketidakpuasan telah di nyatakan, namun kerajaan hanya menutup mata tanpa rasa bersalah? Adakah ketidakpuasan ini tidak begitu penting kepada pemerintah?

            Di sini, bukan isu politik yang ingin saya utarakana, namum lebih kepada kepercayan dan tanggungjawab. Kerajaan wujud bilamana kepercayaan rakyat telah memilih pemerintah untuk melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang telah di amanahkan. Dan sebolehnya, tanggungjawab dan amanah ini perlu di pegang dan di laksanakan dengan penuh hikmah dan jujur. Miskipun amanah yang di berikan tidak semestinya kerajaan laksanakan dengan serentak atau 100%, namum setiap apa yang di laksanakan hendaklah menitik beratkan tentang kepentingan rakyat dan kemakmuran kepada setiap Rakyat Malaysia.

             Sebagai Rakyat Malaysia, saya percaya mempunyai impian utntuk berjaya dalam hidup masing-masing, Harapan menggunung telah di letakkan ke atas kerajaan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya dan memberi pulangan lumayan kepada mereka. Namun, anda di antara kita telah tersalah membuat perhintungan dalam menuntut hak masing-masing. Maka berlakulah ketidakpuasan tentang jaminan masa depan yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kepada kerajaan yang kononnya pada mereka ini " Amanah dan Tanggubgjawab " kerajaan untuk memenuhi setiap tuntutan mereka. Adakah adil untuk kita meletak setiap kesulitan dan kepayahan kita di atas bahu kerajaan? Tepuk dada tanya hati.

               Sememangnya, kerajaan yang bertanggungjawab dan amanah akan menitik beratkan tentang " Polisi dan Dasar " yang akan menguntungkan  dan kesejahteraan rakyat, dan saya percaya, ini lah yang telah kerajaan laksanakan untuk kita semua. Namun, ada di antara " Polisi dan Dasar " kerajaan tidak mesra rakyat yang di ketengahkan. Kerajaan lebih menitik beratkan keuntungan kepada mereka dan sesetengah golongan sahaja. Dan ini telah dapat di baca dan di tentang oleh rakyat. Belanjawan 2010, cukup memeritkan Rakyat Malaysia, bila mana " Polisi dan Dasar " yang kerajaan akan laksanakan tahun 2010, lebih menumpukan  kepada Golongan Korporat, Ahli Perniagaan dan Keuntungan Ekonomi semata-mata, tanpa mengira keperitan dan kepayahan rakyat bawahan.Pelbagai polisi baru diketengahkan, antaranya kenaikkan cukai / tax dan insurance keatas kereta yang berusia 15 tahun keatas, tiadanya bonus kepada kakitangan kerajaan dan lain-lain lagi. Maka berlaku bantahan dan ketidakpuasan di suarakan di media massa, eleoktronik dan internet. Namun, kerajaan lebuh suka mendiamkan diri daripada memberi penjelasan " kenapa dan mengapa " " Polisi dan Dasar " itu di perkenalkan!!!

              Ada di antara kita, setiap bulan membayar cukai pendapatan dan bagi orang Islam, mereka dikenakan zakat dan cukai pendapatan. Memang nampak ketidakadilan dalam hal ini, namun itu lah yang menjadi kekeliruan bagi setiap orang Islam. Zakat di wajibkan keatas setiap orang Islam dan Cukai pendapatn juga di wajibkan setiap penduduk dan pekerja yang melebihi had minima gaji yang ditetapkan. Polisi dan Dasar ini telah di telan oleh kebanyakkan kita tanpa ada keraguaan, walaupun ia amat memeritkan kita. Dengan kos sara hidup yang setiap hari makin meningkat, berlakunya pemilihan pekerja terpilih mengikut kaum dan peluang pekerjaan terlalu terhad ( gaji ditawarkan terlalu rendah ). Membuatkan ada di antara kita tersepit dengan realiti hidup. Maka di sini wujudlah konflik dan ketidakpuasan. Apabila wujudnya konflik dan ketidakpuasan dalam kehidupan, ada di antara kita mengambil jalan singkat untuk mengaut keuntungan, dengan cara merompak, membunuh dan pecah amanah. Kita semua akui, masalah ini bukan berkurangan, malah setiap hari meningkat grafnya. Dan kita akui, apabila masalah ini wujud, kerajaan bukan berdiam diri, pelbagai cadangan dan tindakana di perkenalkan demi untuk menjamin " Kemakmuran, Kesejahteraan dan Keamanan " Rakyat Malaysia. Namun ia tidak memberi kesan minimum dan ada antara tindakan yang di ambil tidak memberi kesan langsung, ini kerana ada diantaranya ia melibatkan " Pemerintah dan Pihak Penguatkuasa ".

                Sebagai Rakyat Malaysia, adakah salah untuk kita memperjuangkan hak kita? Tepuklah dada tanya lah hati. Buka lah minda kita, jangan kolot dengan sentimen perkauman, politik dan kejahilan kita dalam memperjuangkan hak individu dan sebagai Rakyat Malaysia. Kerajaan yang adil merupakan kerajaan yang mengutamakan rakyat bukan menekan rakyat dengan " Polisi dan Dasar" yang akan menguntungkan sesetengah pihak sahaja. Di mana silapnya  Lebuhraya TOL, di mana silapnya Smart Turnel, Di mana silapnya KLCC, Di mana silapnya PUTRAJAYA, di manasilapnya KLIA, dimana silapnya LITAR SEPANG dan di mana silapnya PETRONAS?. Persoalan ini sepatutnya yang kita persoalkan dan ajukan kepada kerajaan. Ingat, kita yang memberi amanah dan membayar gaji Pemerintah dan Pemimpin Negara. Aadakah ianya berbaloi atau sudah memadai? Jangan ada di antarakiat sikap bodoh sombong dalam memperjuangkan Hak kita, Jangan ada antara kita sikap dan sifar " tak pe " dalam memperjuangkan Hak kita, dan Jangan ada diantara kita hanya TUTUT MATA dalam memperjuangkan ketidakadilan kerajaan. Ingat kita lebih berkuasa dari kerajaan, Tunaikan HAK ANDA sepagai pengundi pada setiap 5 tahun yang di jalankan. Jangan salahkan kerajaan kiranya kita yang bodoh sombong tidak menunaikan HAK KITA sebagai PENGUNDI dan Warga Negara Malaysia. Kejahilan dan Kebodohan kita membuatkan orang akan sentiasa menindas kita.

Bangkitalah dan perjuangkan lah HAK KITA !!!


Ikhlas,
Emad.


Thursday, November 12, 2009

Malaysia dan Indonesia - Siapa ditegah?

Salaam.

Saya seorang student malaysia yang menetap dijakarta. alhamdulillah saya disini ketika mula2 menjejakkan kaki ke airport bandara soekarno hatta, saya dijemput oleh teman2 indonesia yang ramah. lagipula selama sebulan setengah saya menetap disini,kelihatan orang2nya disini baik2 belaka, lagi pula baik pada tamunya. dan mereka ini sangat mengikuti sunnah nabi muhammad dalam melayan tetamu. makan pakai, tempat tinggal saya dijaga dengan begitu baik sekali.sungguh saya katakan, saya sendiri tak mampu untuk melayan tetamu begitu baik sebegini.tapi yang kontrasnya bangsa indonesia tu digambarkan begitu brutal,penuh kebencian oleh media indonesia sendiri.mungkin ada juga yang begitu seperti yang kita lihat isu ganyang malaysia , isu pembakaran bendera malaysia dan juga isu buluh runcing di daerah pornorogo. saya sendiri jadi hairan disebabkan tarian pendet bali yang tak pernah wujud dalam masyarakat malaysia tiba2 kedengaran diklaim sebagai satu budaya malaysia.hairan bin ajaib!budaya kemelayuan yang penuh dengan pengisian islam nak mengklaim tari pendet bali yang penuh unsur keagamaan hindu dan pemakaian bajunya yang terdedah tu? lagi la pelik.


Pada pendapat saya tentang isu perbalahan malaysia-indonesia berkait kebudayaan itu adalah satu set up.kerana seperti yang diketahui umum, indonesia itu kaya dengan kebudayaan, dan malaysia itu kebudayaannya datang dari sekitar nusantara. dan kedua2 negara dikenali sebagai negara islam yang saling memerlukan dari segi ekonomi, kebudayaan dan perkongsian intelektual. boleh dikatakan 90%+ rakyat indonesia beragama islam (yang juga populasi islam terbesar didunia)(http://www.islamicweb.com/begin/population.htm) dan malaysia pula dikenali sebagai negara islam di asia tenggara. jadi untuk merobohkan kesepakatan antara dua negara ni,harus menggunakan satu isu yang jauh dari unsur agama, sesuatu yang dibangga2kan oleh salah satu negara. iaitu semangat kebangsaan dan kebudayaan. mari kita lihat apa yang terjadi pada 16 october 2003 sewaktu pertemuan OIC di putrajaya:

"The OIC attracted attention at the opening session of the meeting in Putrajaya, Malaysia, on 16 October 2003, where Prime Minister Mahathir Mohamad of Malaysia in his speech argued that the Jews control the world: "They invented socialism, communism, human rights and democracy, so that persecuting them would appear to be wrong, so that they can enjoy equal rights with others. With these they have gained control of the most powerful countries and they, this tiny community, have become a world power”. He also said that “The Europeans killed six million Jews out of 12 million, but today the Jews rule the world by proxy. They get others to fight and die for them”.[17][18]

The speech was very well received by the delegates, including many high ranking politicians, who responded with standing ovations".[19][20][21]

International, non-Muslim reactions, however, were appalled. "We view them with contempt and derision," said the US State Department, and the foreign minister of Italy, the current chair of the European Union, called the incident "gravely offensive". However, Malaysian officials later argued that what Dr Mahathir had been trying to say, was that despite having been a marginal and persecuted community the Jews have survived - by use of brains not brawn. The former prime minister said this in relation to the decline of Muslim knowledge in the 20th Century."


" Pautan OIC wikipedia : Bahas Tun.Dr.Mahathir "Tentang Yahudi".


Nah,tentu sekali kita dapat teka siapa pengadu domba nya kan? kalau diamati secara detail,yang membuat iklan *tambahan (iklan promosi enigmatic malaysia)= discovery channel SINGAPORE.yang di bakar = INDONESIAc, yang menjadi mangsa =* tambahan(yang membuat docu enigmatic malaysia-kru sdn bhd) MALAYSIA.

Kalau kita lihat dalam konteks professionalisme, tak mungkin DISCOVERY CHANNEL, sebagai penyalur informasi terbesar didunia mungkin buat kesilapan yang fatal sampai memasukkan tarian pendet dalam iklan untuk malaysia.aneh kan?kita sendiri tau bagaimana muslim diperlakukan di singapura dulu.ingat kes tudung diharamkan disekolah2?apa kaitannya singapura dengan semua ini? kita simpan dulu soalan tu.

Apapun kita namakan pengadu domba ini 'hantu'.hehe

Bagaimana si 'hantu' dapat memperkuatkan lagi rancangannya kalau tak ada yang membantu?tentu sekali ada! jawapannya media massa indonesia itu sendiri.tak mungkin!haha takpa kita teruskan membaca. setiap hari bila saya pulang dari kelas atau dari pusing2(kalau indo maksudnya mutar2 hehe), saya akan tengok tv.disebabkan channel lain tak begitu clear, maka channel indo yang selalu saya tengok ialah TRANSTV.menarik.sarat dengan hiburan!setiap hari ada aje rancangan live untuk anak2 band setiap pagi dan bila masuk waktu sahur,ada sketsa kelakar bernama 'saatnya kita sahur'yang para pelakonnya bergelak ketawa macam orang tak puasa,namun diselitkan dengan unsur islam dalam kuiznya bagi menghormati ramadhan. tak lupa jugasemenjak 3 minggu lalu, hampir setiap hari sentimen kebencian terhadap malaysia diserapkan oleh channel ini tiap kali berita disiarkan.saya bukan nak mengadakan cerita,tapi memang hakikatnya begitu, setiap hari!

Setiap masaada aje cerita pasal tarian pendet,kmudian cerita tentang lagu rasa sayang, lagi tentang penciplakan lagu artis hip hop indo SAYKOJI oleh penyanyi malaysia 5 tahun lepas .benda tu jadi berlarutan.biasalah media nak memperdagangkan emosi kebangsaan.

Pertama kali saya tengok logo TRANSTV, saya sudah mula rasa ingin tahu.kenapa logonya yang terdiri daripada huruf T yang berbentuk seperti piramid diatas, dan ditengahnya pula perkataan TRANS yang juga diapit oleh huruf V dibawah seperti piramid terbalik. jadi saya cari informasi di internet. yang saya dapati ialah: diambil dari wikipedia, perkataan trans bermaksud: Trans is a Latin noun or prefix, meaning "across", "beyond" or "on the opposite side". dan yang paling menarik saya temukan ialah : ke'unikan' logo TRANSTV (terima kasih buat pemilik situs ini http://cesarzc.wordpress.com/).

yaaaaa ajaib bukan?hahahaha.betapa kuat propaganda yahudi itu sendiri.Ya trans di sini bermaksud transaction (dimana adanya transaksi persalaman antara dua tangan dalam logo freemason) atau 'on the opposite side'. untuk mengetahui tentang propaganda freemason atau illuminati,silahkan digoogle.

Berbalik pada soalan 'apa kaitannya singapura dengan semua ini?'jawapannya ada di freemason singapore. Ya cerita sebenarnya tentang freemasonry yang secara senyap ingin menghancurkan keakraban antara indonesia dan malaysia dengan menggunakan semangat kebangsaan dan melemahkan semangat keislaman kita.maka berleluasalah khabar angin 'pencurian budaya' dan penindasan terhadap TKI di malaysia. ya FREEMASON yang diam2 telah menguasai dunia hiburan,matawang,ekonomi dan boleh dikatakan juga dunia.

Nah sekarang dah jelas hubungan freemason media di indonesia dan freemason singapura yang membuahkan pada perkelahian malaysia-indonesia.jadi rancangan freemason untuk mengadu domba malaysia-indonesia telah berjaya.supaya indonesia yang punya penduduk islam terbanyak di dunia terus membenci malaysia yang lantang dalam menegakkan islam di mata dunia agar suara-suara islam dari asia tenggara tak kedengaran lagi di dunia.

Terpulang pada anda untuk percaya untuk tidak,saya cuma sebagai penyampai yang tidak buta dan tuli. kalau kita mengabaikan pancaindera kitai,maka bermakna untuk masa depan, islam di asia tenggara akan kalah.dan freemason serta yahudi akan terus memperluaskan jajahan mereka dengan merealisasikan
NEW WORLD ORDER

Akhir kata,sebagai manusia,pertama sekali ialah kita harus belajar menggunakan pancaindera kita.kenapa tuhan kurniakan dua otak(kanan dan kiri)dua mata, dua telinga, dua lubang hidung, dan satu mulut.supaya kita semua tidak berfikir dengan sebelah otak sahaja, tidak melihat dengan sebelah mata sahaja, tidak mendengar dengan sebelah telinga sahaja,tidak menghidu dengan sebelah lubang hidung sahaja.fikir untuk dua2 belah pihak,lihat ke dua2 belah pihak dan seterusnya.gunakan semuanya mengikut urutan dari atas ke bawah. dari akal hingga ke mulut.yang terakhir sekali baru kita gunakan mulut kita untuk berkata2 setelah menggunakan pemberian tuhan yang lain tadi.

oleh itu diharap kalau penelitian yang saya lakukan ini bermakna,silahkan disebar.semoga kita semua berjaya menggunakan akal dan hati dengan sepenuhnya.



Sumbangan Faiz Zaini : http://www.facebook.com/note.php?note_id=128855099196#/faizzaini


Terima Kasih di atas sumbangan Ikhlas ' Bicara & Persepsi ' anda.
Pembaca Blog semua boleh menyumbangkan ' Bicara & Persepsi ' anda kepada saya.
Sila email ke " mista_emad_daniel@yahoo.com ".

Bila Hati Mula Berbicara

Assalamualaikum...

Orang kata, berblog ni hanya untuk suka-suka, tempat meluahkan perasaan, dairi, dan berkongsi pengalaman, idea dan sebaginya. Tapi pada aku, aku gabungkan semuanya. Bukan untuk menunjuk2, apatah lagi untuk mengata atau menegak benang yang basah. Tapi sebagai manusia, kita mempunyai hak untuk berbicara, dan hak ini, berhak untuk di pertahankan. Tiada siapa yang berhak untuk menghentikan baris kata2 atau bicara pena. Kerna, masing2 mempunyai pandangan.

Memang minat aku untuk membaca blog, hampir 3 jam sehari aku akan menggadap lappy aku untuk membaca blog2 dari kawan2 blogger atau online news. Itu lah aku, aku x suka untuk buang masa melepak2 tanpa arah tujuan, namun aku tau, itu hak masing2. Aku tetap dengan pendirian aku. Penuhi masa dengan meng"update" kan diri aku dengan apa yang berlaku di sekeliling aku. Mungkin cara aku kritis, tapi itu bermakna aku x suka, tp ianya untuk kebaikan kita semua. Kalau tidak di tegur dan di beri pandangan, itu namanya dayus.

Mungkin cara aku berbeza, aku bukan buat blog ni untuk mempromosi diri aku sapa, apatah lagi untuk mengata apa yang di buat oleh org lain salah. Apa yang aku ingin sampaikan disini hanya lah " BICARA dan PERSEPSI ". Aku bersetuju dengan pandangan Dr. Abu Hassan Hasbullah " agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat dan menolak "PERSEPSI" adalah primitif, yang sesuai hidup di abad ke-17 '.

Apa pun, andai kata " BICARA dan PERSEPSI " ini menyinggung perasaan pembaca blog " HANYA  BICARA & PERSEPSI" sepuluh jari di hulurkan dan maaf di pinta.


Ikhlas,
Emad